Al Quran adalah kitab yang diturunkan dan
merupakan salah satu mukjizat agung Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Universiti Brunei Darussalam akan mengadakan Seminar Tadabbur Al-Quran yang
mana julung-julung kalinya diadakan dan dikelolakan oleh Unit Keugamaan dan
Kerohanian, Hal Ehwal Pelajar dan Persatuan Mahasiswa Universiti Brunei
Darussalam (Eksekutif Keugamaan dan Kerohanian). Seminar ini memfokuskan kepada
kepentingan mempelajari, mendalami dan menghayati mesej yang di sampaikan oleh
Allah Subhanahu Wa Ta’ala melalui Rasul-Nya sebagaimana yang tercatat di dalam
Qalam-Nya (Al Quran). Seminar ini akan diadakan pada hari Rabu, 1 April 2015,
jam 7.45 pagi hingga 4.30 petang, di Dewan Utama, Dewan Canselor, Universiti
Brunei Darussalam.
Yuran pendaftaran adalah seperti berikut:
·
Warga UBD
(pelajar dan kakitangan) $10
·
Alumni UBD
berdaftar $10
·
Orang
Ramai/Persendirian/Pelajar IPT,Maktab & Sekolah menengah $15
·
Wakil
Jabatan Kerajaan/Swasta $30
Nota: Pembayaran yuran hendaklah dibuat
pada 23/3/2015 sehingga 29/3/2015 di Bahagian Kewangan UBD, Tingkat Bawah,
Bangunan Admin, Universiti Brunei Darussalam. Bagi yang sudah mendaftar sebelum ini, agar membayar yuran biskita pada tarikh dan tempat berikut.
Pendaftaran secara online akan diadakan
mulai dari 8/3/2015 sehingga 21/3/2015
Untuk makluman lanjut sila
hubungi/whatsapp:
+6738625232 (Ahmad Najib)
+6737128712 (Abdul Mateen)

No comments:
Post a Comment